:: Doodle2 Saya ^__^ ::

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar? hari ini saya dengan semangatnya nak upload doodle-doodle yang saya draw using excel untuk tatapan anda semua. Hikhik. Tak cantik mana pun. Tapi tu la, nak juga upload. Penat tau kite buat. Saya banyak tanya pakcik google, then pakcik google kenalkan la dengan kawan-kawan (belog orang ) dia yang teror buat bende ni semua. Uwaaaa teruja giler! Tambah semangat nak buat. Paling best, sahabat saya Ckin banyak bagi petua-petua, ajar saya cara buat, bagi link-link untuk belajar. Satu lagi, siap emel kat saya brush-brush untuk photoshop saya! Waaa... Syukran syukran jazilan ya Ckin. 

Bila dapat jak brush tu, terus buka adobe photoshop cs3 saya tu. Dengan penuh semangat buat. Tapi tak buat apa pun. Just wanna try test. Ahakss. Punyala hepi! Siap request brush lain lagi. Orang dah bagi paha, saya nak kaki lagi la pulak! Tapi tak pa, ckin dengan baik hatinya nak jugak bagi. Dalam emel.. Jangan jeles! Saya ada sahabat yang baik. ^__^.

Nampak tak belog saya yang comel loteh ni?? Comel kan?? Kan? Kan? Haa, Ckin la 'jurutera' terhebat saya. Pandai dia buat. Saya?? Lambat lagi. Malas tahap gaban kot. Lagipun line tenet saya ni terlalulah 'laju'. *ALASAN!!*

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!

Setelah hampir seminggu Kak Nor bizi mengurus cek dari syarikat XXXX, kejap call JANM tanya itu ini. Lepas tu call lagi, call lagi. Almaklum la ofis kami ni bukan selalu buat benda-benda macam tu. Rasanya ini first time kot kami berdepan dengan situasi ni. Tidak apa, cool. Tenang. Jangan cengeng! Rasa down sangat masa tu. Ceh, down apanya? Orang lain yang sibuk. Apeee laa.

Then, semalam ada lagi pulak satu sistem yang saya blur-blur nak buat. Call sana sini nak cari maklumat. Alhamdulillah kawan-kawan kat ofis banyak membantu. Best2. Alhamdulillah. Sebelum call orang yang boleh membantu pasal sistem tu, mesej dulu seseorang. "bagi la saya nasihat supaya kerja dengan ikhlas :(". Ceh, kira nak meluah la kononnya. Ya, masa tu rasa macam nak nangis!!!!! Kalau tak ada orang time tu, kompom saya akan nanges! Entah la kenapa. ASTAGHFIRULLAH. Ikhlaskan la hatimu Haryati Y_Y

Ye la, kerja dah masuk tahun ke4, masih juga dengan perangai budak-budak. Tak matang langsung! Saya pun pujuk hati, memujuk macam pujuk budak-budak. Punyalah payah. Alamak...saya nak pujuk diri sendiri pun payah, macam mana orang lain nak pujuk? Bahagia la orang yang dapat pujuk. Hikhikhik. Tapi alhamdulillah, ye la..langit tu kan tak selalu cerah. Pasti ada mendungnya, ada hujannya. Lagi pun, mana ada hujan yang tidak akan berhenti kan?

Alhamdulillah. Allah kan dah janji, dalam kesulitan tu bersamanya kemudahan. So, yakin je la. Apa-apa pun masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah kan dah janji macam tu. So, siapa kita untuk tak percaya pada janji ALLAH. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan rakan-rakan sekerja yang baik-baik belaka. Nak juga ajar budak yang nakal senakal-nakalnya ni. Padahal dah nak kawen pun! Uwaaa jangan la sebut pasal kawin-kawin ni ^__^. Berdebar...

Hari ni pulak, dapat berita kerja-kerja saya semalam telah dikuiri oleh ****. AllahuAllah. Rasa bersalah sangat kepada mereka-mereka yang punya klem. Sekali lagi, Alhamdulillah, empunya-empunya klem yang telah dikuiri tu dengan baik hatinya menasihati dan memberi semangat. Ye la, no body perfect kan?? Tapi tak bermaksud kesalahan itu diulangi walaupun saya telah mengulanginya berkali-kali. Paling best tu, dorang sempat mengusik dalam keadaan hati tak sedap.."tak apa Yati, kami faham. Hati dah kat Sabah kan. Menghitung hari kann". AllahuAllah. Best sangat-sangat dikurniakan rakan-rakan sekerja yang baik-baik ni. Siap buat orang tergelak. Malu uuuuuuuu~~

Lepas makan pagi tu, saya pun minta kak Atik temankan pergi jabatan **** untuk urus cek tu. Terima kasih buat mereka-mereka di jabatan **** yang banyak membantu. Siap buat kerja kat sana terus balik ofis. Lama juga kot. Sebab terpaksa batal itu, bawa kehadapan yang ini. Huh!! banyaknya proses tapi last-last tu, rupanya tak la susah sangat. Ceh!! Mungkin first time buat kan tu yang rasa susah tu. InsyaALLAH, kalau ada untuk kedua kalinya, saya boleh buat, insyaALLAH. Mohon doanya ya ^_^

Kasihan juga Kak Nor, sepatutnya hari ini dia cuti tapi terpaksa pulak turun padang untuk membantu saya budak kecik ni! Terima kasih kak Nor ^__^. Alhamdulillah, atas bantuan-bantuan mereka inilah kerja untuk hari ini siap!!! Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa baik kamu ^_^

Hari ini saya mampu tersenyum ^_^. Esok ada pulak kerja menanti. Banyak juga kot. Tapi tak la banyak sangat. Eh..macam mana pulak tu?? banyak tapi tak banyak sangat?? Adoi...apalah cikDui ni ^_^

Alamakkkkk....dah melalut dah. Mula-mula nak bagi tunjuk doodle yang saya lukis tu je, tapi tercerita panjang la pulak. So, amik la pengajaran dari kisah saya. Semoga kita sentiasa mengikhlaskan hati kita untuk melaksanakan tugas-tugas yang ALLAH beri ni.





~doodle2 saya ^_^~

:: My First Doodle 2012. Alhamdulillah! ::

Bismillahirrahmannirrahim :)

Alhamdulillah setelah bersabar selama beberapa hari semata-mata nak belajar buat doodle, hari ni saya berjaya juga buat doodle walaupun tak la secantik doodle kawan-kawan lain. Punyalah hepy! Terus je semangat nak buat doodle seterusnya. Dalam otak ni punyalah banyak nak fikir buat tu la, buat macam ni la. Tapi sabar sabar. Karang tak terbuat pulak kan. Hihihihi. Alhamdulillah~

Malu juga nak upload doodle yang saya buat tapi nak juga upload. Nak. Nak. Hihihi. Semangat tahap dinasor dah ni. Jangan pulak korang gelak tengok doodle saya nanti. Siyes tak cantik tapi tak pe la kan. Saya dah usaha nak buat. Just use paint dan adobe photoshop cs3. Tak mahir lagi. Ye la tangan saya ni kan jenis yang bergegar punye. Orang dusun kat tempat saya kata 'songkikip'. Haha.

Haa, ingatlah kalau kita bersabar kan insyaAllah ALLAH akan bantu kita tau. Mungkin mula-mula tu kita rasa nak give up je buat sesuatu. Like me la. Sampai nak nangis-nangis buat doodle padahal tak de dapat apa-apa pun bila dah siap. Tapi tu la nak juga buat. Satu kepuasan bila dapat buat. Ingatlah, itu juga salah satu kebesaran ALLAH tau. Why?? sebab tak semua orang dikurniakan kekreatifan sebegitu. Then, saya sangatlah kagum melihat doodle-doodle sahabat-sahabat. Cantik-cantik belaka.

Saya pun nak praktis lagi. Nak gali idea-idea baru. Doodle kan comel, cantik..kita tengok pun rasa cantik. Rasa indah itu kan salah satu syurga dunia yang ALLAH kurniakan? Subhanallah. Lepas ni, nak buat doodle banyak-banyak pulak ^__^

Ni lah my first doodle. Tengok je la ye. Nanti bagi tau la kat saya kalau ada yang tak kena. Yang perlu dibaiki ke. Saya budak baru belajar.

Cantik tak doodle saya?? ^__^

Dah dah dah..nak tido dah ni. Tidur dengan perasaan gembira ^__^. Alhamdulillah wa syukurillah ^__^

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers