:: Versi Cik Dui ::

Assalammualaikum w.b.t!!!

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
 

Amboi semangat betul kan budak ni. Budak?? Siapa? Mana mana mana?? Mana budak tu? Kiut juga ka? Ceh!!! Mana ada budak. Besar suda tau ni. Haha. Eh, siapa cakap dia budak kan. PERASAN laitu.

Lama tidak mencoret sesuatu di teratak ni. Adoiii rindu rasa hati, ingin ku bertemu dengannyaaaa.... Alamak ter'singing' pulak daaa.
~maluuuuuuu~

Oh ya, hehehehe (sempat senyum lagi...senyum sorang2 menaip entry kali ni. Adoiii) nampak tak tajuk entry I kat atas tu?? Nampak?? Meh sini saya taip semula...

~Versi Cik Dui~

Apa kaitan?? Kenapa dengan Versi Cik Dui?? Hah...ini yang mau setori semori ni. Tapi mau setori semori dari mana ke mana ya? Haissss terus hilang idea mau setori apa. Padahal sebelum ni melimpah-limpah idea jahat + nakal + segala-galanya = Versi Cik Dui.

Aik...bertambah pulak idea ni hilang. Tu la, niat tidak betul kan. Astaghfirullah. Perbaiki niat. CEPAT. ASAP. Perbaharui niat.
~jangan cuba, jangan buat jahat la budak!! No no no~

Ok ok, Abaikan la tajuk entry tu. Tiada kaitan apa-apa pun. Just wanna make a joke. Joke??? Tak lawak langsung. Fail!!!!! Patutpun tak lepas-lepas masuk raja lawak. Haissssss STOP la.

Intro saja baitu yang diatas ^_^

Alhamdulillah setelah lebih seminggu batuk, hari ini saya kembali CERIA. Ceh, ceria konon tapi nanti nangis juga kan. Tidak apa, yang penting kita tahu kenapa kita nangis dan tujuan air mata tu mengalis membasahi pipi ^_^. Tidak apa, wanita kan hatinya lembut. Mudah tersentuh, terguris oleh hal-hal yang berkaitan hati. Organ yang kelihatan kecil tapi sangat besar pengaruhnya. Setuju?? Tidak setuju tidak apa. Setiap manusia ada pandangan masing-masing kan. Saya hormati pandangan kalian ^_^. Bagi yang setuju, kita mesti masih ada perbezaan dari segi hujah2nya kan ^_^.

Biasa lah kan, dalam mengemukakan sesuatu tu mesti ada perbezaan pendapat dan kadang-kadang sukar untuk menemukan titik persamaan. Tapi kena ingat, beza boleh tapi jangan marah. ALLAH pun ciptakan kita berbeza-beza kan?? Ada hikmah disetiap perbezaan. Kalau semua samaaaaaaaaaaaaa saja mana best kan kan kan.
-------
~iklan sebentar~

Bila teringat si budak Cute tu kan, terus ingat 'gelak guling2'. 
Ada satu lagi...ini cumil punya
 
tapi ini nda bagus...kasi ketawa urang....>_<. Nanti tekana diri sindiri. Ditujukan untuk si 'bos'.

~BUDAK CUTE!!!!!Rindu pula. Lama sudah X dengar suara manis + manja + kiut = menyenangkan hati. Tak per, nanti kiter call awak yerrrrrrr Budak Cute~
---------------------------
Apa pula khabar yang sudi mengunjungi teratak usang milik empunya diri yang tidak ada apa-apa ini?? Semoga kalian baik-baik aja dan sihat hendaknya. Doaku mengiringi kesediaan dan kesetiaan anda bertandang kesini ^_^. Semoga beroleh manfaat, kiranya ada coretan keduniaan mohon maaf dari hamba untuk kalian. Hamba juga manusia biasa yang kadang-kadang lena dek penangan cinta dan indahnya nikmat dunia.

ASTAGHFIRULLAH


Ya, dalam hidup ini sebenarnya kita belajar berkorban. Dari pengorbanan sekecil sebutir pasir di gurun sahara sehinggalah pengorbanan melibatkan kehendak terbesar dalam hidup kita. Seperti yang saya lalui sekarang. Terpaksa berkorban demi orang yang kita sayang. Tapi percayalah, pengorbanan itu jika niatnya betul Lillahi Ta'ala, pasti akan berbalas. Kalau bukan didunia, di akhirat sana menerima hadiah. Bukankah hadiah di 'sana' adalah hadiah yang tiada tandingan dari dunia ini?? Alhamdulillah.

Lagi pun, kita akan bahagia bila orang yang kita sayang bahagia.

Macam tu ka?? Hihihi

Tidak salah kan kita ni berkorban. ^_^

Blurrrr. Tidak tau mau tulis apa lagi. Keminatan untuk menaip entry sudah malas padahal terlalu banyak yang mahu dikongsikan!!! Sabar Sabar Sabar. Tunggu brodband saya sudah pulih, senang sikit mahu mencoret moret ^_^

:: Perjalanan Mencari Rindu Yang Bertamu ::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah malam ini berkesempatan untuk mencarut di belog usang ni. Semua sudah tidur. Tinggal saya seorang bersama kucing-kucing yang mengiau.

Sejak balik bercuti raya hari tu, terlalu banyak perkara yang terjadi. Ujian demi ujian. Tapi tidak dinamakan hamba kalau tiada ujian kan. Macam murid, bukan murid namanya kalau tiada peperiksaan/ujian. Kita yang bertaraf hamba ini apa lagi kan. Jadi, hadapilah dengan redha dan sabar. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya dari minggu lalu lagi tangan ni gatal untuk mencarut marut dalam belog ni tapi asik tergendala saja. Kenapa??, tolong mama buat kuih (untuk dijual). Masak. Cuci kain (guna tangan saja). Kemas rumah (sebenarnya kedai kecil saja) yang banyak memberi saya kenangan dan pengajaran. Apa lagi?? Berziarah. Jalan dengan kawan-kawan.

Nah, itulah kerja selama seminggu bercuti di kampung. Sekarang ini di KK. Bersama kakak, abang dan adik. Tira tidak dilupakan. Mama, bapa, Nonoi, Adi dan adik lelaki kesayangan saya tu tinggal dikampung. Meneruskan rutin-rutin kehidupan sebagai peniaga kuih (mama) dan pelajar (Apik dan Nonoi). Si Adi (Arif, adik nonoi, 6 tahun) pula seperti biasa rutinnya. Kalau bukan jalan ke rumah orang, nah pasti maaaaaaaakan saja kerjanya.Aduhai anak buah kesayangan umi ni.

Alhamdulillah malam ini saya melepaskan gian saya untuk mencarut marut dan mencoret moret. Kepada pakar bahasa, maafkan saya kerana merosakkan bahasa.. hihihihi. Sengaja. 

Intro punyalah panjang kan. Padahal perkara utama yang saya mahu ceritakan bukanlah perkara diatas tapi TAJUK entry di atas tu ^_^

Ok ok. Teruskan membaca. Tapi sebelum itu, pastikan semasa membasa entry saya u'll sudah solat (utama), kerja opis sudah siap, kerja rumah suda diberesin, makanan sudah disediakan, dan jaga kesihatan tau. Peringatan ini buat diri saya yang utamanya. Ingatlah, itu saham akhirat saya juga. Tidak mahu pembaca lalai lebih-lebih lagi coretan sang pemilik belog bersifat keduniaan, jarang sekali berbicara tentang akhirat. ASTAGHFIRULLAH. Mohon kemaafan -_-

27 Ogos saya fly ke Sabah untuk bercuti raya. Rasa gembira yang melonjak-lonjak ni. Nasib baik tidak melonjak keluar dari kapal terbang. Hehe. Disambut oleh ayah dan umi tercinta. Tapi sebelum bertemu mereka, saya singgah ke tandas, membuka niQab yang dipakai. Pastinya orang akan kehairanan. Saya pun jalan sambil menundukkan kepala. Tidak berani memandang orang-orang disekeliling. Malu >_<

Sampai saja di pintu ketibaan, senyuman si bapa terukir manis. Senyuman dari hati seorang ayah yang menanti kehadiran anaknya yang merantau jauh. Ceh, jauh konon padahal sana seja Sarawak. Hehehe. Jauh la ba tu kan ^_^. Eh, mama mana??? Mencari-cari kelibat si mama kerinduan. Dalam hati mengomel.. "aik..mama mana ni?? kenapa nda nampak??". Rupanya mama duduk dikerusi menanti. Dari jauh lagi senyum-senyum sudah.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah (Kalansanan), saya mendengar luahan demi luahan hati seorang ibu. Ada air mata yang gugur dari kelopak mata sang anak. Cepat-cepat dikeringkan menggunakan lengan baju. Tiada kata-kata yang dapat saya berikan. Hanya terluah dalam ungkapan doa di dalam hati seorang anak. Sungguh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada daya anakmu ini mama melainkan redha dan sabar diatas segala ketentuan dariNYA.

Saya yakin mama kuat. Ya mama seorang wanita kuat dan tabah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita sekeluarga. Biar apa orang kata, kita ada Allah tempat untuk mengadu. Pandangan Allah kita dahului. Mereka tidak akan fahama. Mereka tidak akan mengerti. Saya hanya mampu tersenyum. Memaafkan itu jalan terbaik.

Bukankah memaafkan itu melepaskan beban kisah silam??

Dalam perjalanan ke rumah umi (Ony) pula, mendengar lagi luahan hati seorang kakak. Belum sempat lagi bertemu. Hanya luahan dari SMS. Air mata??? usah dikata. Wanita cengeng macam saya tidak mampu menahan. Tapi itulah kekuatan saya, dalam titisan air mata tu ada doa mengiringi. Bukan kerana sedih dengan aturan hidup dari Allah untuk kami, tapi itu saja cara untuk saya melepaskan. Hendak diluahkan, tidak mahu lagi menambah beban dibahu mereka. Biarlah terpendam dan diluahkan pada Yang Maha Mendengar, DIA punya jalan penyelesaian. Inna lillahi wa inna ilahi ro'jiun, itu keyakinanku!

Inilah perjalanan saya mencari rindu yang bertamu. Muhasabah diri. Pasti ada hikmah disebalik segala yang DIA berikan. Orang sesekali tidak akan memahami keadaan yang kami alami, jadi wajarlah mereka dengan tanggapan demi tanggapan mereka. Siapa kita untuk menghalang kehendak Allah??

Dikala hati kita sakit karana beratnya ujian hidup, 
tentunya sambil menangis kita akan berkata 
''Ya Allah, mengapa ini smua menimpaku?"

 TAPI Katakanlah pada diri

''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya. 
Kerana dalam ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatku"

‎''apabila jiwa terusik,
maka seluruh diri akan berasa imbalannya,
sama ada datang berupa susah mahupun menyenangkan hati.
takdir itu ada di langit.
maka ia berubah jikalau kita mau berusaha
dengan cara yang baik-baik.
bagaimanapun...takdir yang telah di tetapkan itu
tidak sekali-kali akan berubah
justeru...hadapilah dengan redha.
nescaya...kita akan termasuk dalam
golongan manusia yang di rahmati Allah''


Tetaplah tersenyum duhai Hati ^_^

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers